Wednesday, 13 May 2015



Raisha Erina Badrisha bt Hamid
Bab 1
Raisha Erina Badrisha , nama yang cukup indah. Raisha termenung mengenang masa depannya sambil bertemankan angin sunyi dari sudut balkoni apartmen milik suaminya.Raisha seorang gadis polos , sopan santun , baik hati dan periang . Merupakan puteri  sulung pasangan dalam keluarga Hamid dan Mashitah.Selepas tamat tingkatan lima Raisha berhijrah ke ibu kota Kuala Lumpur untuk mencari pekerjaan bagi menampung perbelanjaan keluarganya di kampung.Malangnya Raisha tersilap langkah apabila terjebak dengan rakannya yang berkerja sebagai pelayan di kelab malam Royal Night.Pada malam itu , Raisha dikehendaki melayan seorang pelanggan yang merupakan VVIP di Royal Night.Raisha disuruh memakai pakaian yang telah disediakan tetapi dia menolak kerana pakaian tersebut amat menjolok mata.Sebaliknya dia diugut pengurus Royal Night untuk memotong separuh dari gajinya.Apabila mengenangkan keluarganya di kampung yang memerlukan wang , dia terpaksa akur dengan kehendak Mr Alan.Dia dibawa ke sebuah bilik yang menempatkan VVIP tersebut.Apabila melangkah masuk ,dia melihat dua orang lelaki sedang berbual dan salah seorang daripada mereka merupakan pekerja tetap Royal Night.Setelah melihat Raisha , pekerja tetap Royal Night meminta diri keluar dari bilik tersebut.Kini , hanya tinggal Raisha dengan lelaki VVIP itu sahaja.Raisha resah apabila lelaki itu memandangnya dengan pandangan yang sukar untuk megerti.Dari saat itulah dia mengenali lelaki yang bernama Tengku Ezrakil Taufik Tengku Nashman.Pada Raisha, Ezrakil lah penyelamat hidupnya apabila dia bebas daripada Royal Night.Dia dibeli oleh Ezrakil setelah puas dia merayu agar lelaki itu dapat menolongnya keluar daripada dunia kegelapan nya itu.Ezrakil mempertaruhkan sebanyak seratus ribu untuk sesi jualan Raisha kepada Mr Alan.Raisha dibawa pulang ke Villa Seri Cahaya milik Tengku Ezrakil di Seksyen 7.Raisha terpukau melihat keindahan villa tersebut.Raisha pandang Tengku Ezrakil “mulai sekarang kau milik aku dan sepenuhnya akan jadi milik aku.Jangan harap kau dapat lari daripada aku.Ingat dah beratus ribu duit aku habis disebabkan kau.Kalau kau cuba lari aku suruh konco-konco aku cari kau sampai dapat.Ingat?”Raisha hanya tunduk sambil mengiakan kata kata lelaki itu.Tengku Ezrakil hanya tersenyum kerana Raisha mendengar akan arahannya.Raisha diarah masuk ke dalam villa tersebut manakala Ezrakil ada urusan lain yang perlu diselesaikan.Malam itu,Ezrakil pulang ke Vill Seri Cahaya.Raisha menyambut kepulangan Ezrakil seperti menyambut seorang suami yang baru pulang setelah seharian penat berkerja. “Tengku nak minum?” “hmm”.Raisha bergegas ke dapur untuk mengambil air untuk Ezrakil. “ni airnya Tengku”.Ezrakil mengambil tanpa memandang Raisha sedikitpun.Raisha kemudian ke dapur untuk menyiapkan makan malam untuk Ezrakil.Malam itu mereka menikmati makan malam tersebut tanpa sebarang perbualan.Setelah selesai ,Ezrakil ke ruang tamu untuk menonton television. “Erina,Erina, datang kejap”.Raisha duduk bersebelah dengan Tengku Ezrakil ,tanpa sempat berkata kata Ezrakil terus menarik Raisha ke dalam pelukannya.Tindakan reflex Raisha apabila dia menepis tangan Erakil. “maaf ,Tengku saya belum halal untuk tengku”Ezrakil yang berang terus berkata “Hei perempuan kau ingat kau tu siapa,kau kena ingat aku yang beli kau , jadi kau kena dengar arahan aku , faham?” “saya tahu tengku yang beli saya tapi cara kita salah.kalau tengku nak jugak badan saya , tolong nikahi saya dan saya tak kesah sekalipun tengku hanya menganggap saya sebagai perempuan simpanan tengku.Ezrakil mencerna semula kata kata yang dikeluarkan oleh Raisha. “baiklah , aku akan nikah dengan kau tetapi  ada syaratnya” “kau kena patuh pada syarat-syarat aku” “baiklah , apa saja syarat yang Tengku letakkan saya akan ikut asalkan saya tidak hidup berteman dosa lagi”.


                                                                                                                                                              bersambung,nantikan kesinambungan cerita ini .

Friday, 20 March 2015

RASA








Tika rasa itu ada,
Debaran mula megalun rasa,
Bibir tidak mampu berkata,
Apabila berbicara cinta.......

Wednesday, 18 March 2015

KENANGAN ATAUPUN KENYATAAN






Bagi sesetengah orang mungkin menganggap kenangan lebih indah daripada kenyataan tetepi mereka lupa bahaya kenyataan itu lebih membahagiakan daripada kenangan.Kenangan adalah masa silam tetapi kenyatan adalah masa depan.Mana mungkin seseorang itu untuk hidup dalam kenagan sedangkan dia ada masa depan untuk diharungi.